Friday, August 5, 2011

Shahir Akan Berhenti Menyanyi Dan Ceburi Dakwah

shahir-dakwah




Penyanyi popular Shahir menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.

Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.

"Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya.

"Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini," kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStar Online, Rabu.

Tambahnya: "Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.

"Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC).

"Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini."

Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan 'ghaib' dan gagal dihubungi oleh pihak media sertapengurusannya.

Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat.

Sebelum ini, Shahir pernah menghilang kerana mengalami masalah kesihatan dan pulang ke kampung beberapa ketika.

Dia juga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan.

Namun pemuda tersebut menafikan perkara itu sebaliknya menganggap hubungan mereka sekadar teman biasa.

Pihak mStar cuba mendapatkan Shahir dan keluarganya, namun mereka gagal dihubungi. -mstar

Sebab Ally Iskandar Putus Tunang- Jangan Samakan Dengan Khairul Fahmi: Ally Iskandar

Sebab Ally Iskandar Putus Tunang- Jangan Samakan Dengan Khairul Fahmi: Ally Iskandar

Aku hanya menggeleng kepala, mungkin betul kata Ally- dia masih sayangkan Nur Aishah tapi mereka pula tiada jodoh. Jadi, apekan daya. Terpaksala mereka memutuskan pertunangan mereka. Kisah mereka selang hanya seminggu selepas Kontroversi Khairul Fahmi dan Elia Putus Tunang. Ape yang Ally risaukan, orang ramai menyamakan kisah mereka dengan Khairul Fahmi..





Jom kita tengok ape yang Ally nyatakan pada media..

Selepas 5 bulan, pertunangan antara Ally Iskandar & Nur Aisyah Zainal yang diikat pada 11 Februari 2011 telah sampai ke penghujungnya apabila kedua-dua pihak telah memutuskan ikatan tersebut pada 30 Julai 2011, Sabtu lepas.

Ally Iskandar yang ditemui ketika rakaman Mentor Raya di Sri Pentas 2, Plaza Sentral Shah Alam berkata keputusan untuk memutuskan pertunangan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama Aisyah, sekitar 2 minggu lepas.

“Keluarga saya bertemu dengan keluarga Aisyah untuk memutuskan tali pertunangan kami pada hari Sabtu lepas, bersamaan 30 Julai 2011 di Ampang, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan, saya & Aisyah sudah berbincang mengenai perkara tersebut seminggu sebelum tarikh putusnya pertunangan kami.

“Kami berdua dengan rela hati memutuskan pertunangan ini dengan cara baik serta mengikut adat Melayu. Mungkin, kami berdua mempunyai kelemahan masing-masing. Jujur kata, putusnya pertunangan ini bukan disebabkan perkara-perkara sensasi seperti kehadiran orang ketiga. Cuma, kami tidak mempunyai keserasian & kesefahaman, tiada jodoh,” kata Ally Iskandar menjawab pertanyaan media mengenai sebab-sebab putus tunang.

Walau bagaimanapun, Ally Iskandar menyatakan dia sebenarnya berat hati untuk memutuskan pertunangan tersebut.

“Perkara ini amat berat kerana saya sudah bayangkan Aisyah sebagai bakal isteri. Saya agak kecewa & sedih kerana hubungan yang dirancang tidak menjadi. Lagipun, saya sudah berumur 35 tahun & lama membujang, sekarang sudah bersedia nak kahwin. Kami berdua cuba memberikan tempoh untuk memperbaiki hubungan, namun tidak boleh juga.

“Kami tidak pernah bergaduh besar. Malah, semasa rakaman Mentor dulu pun Aisyah selalu menemani saya. Cuma, sudah ditakdirkan kami tidak dijodohkan bersama.Setakat ini, hubungan kami berdua okay,” jelas Ally Iskandar mengenai status hubungannya dengan Aisyah selepas putusnya pertunangan mereka.

Ally Iskandar juga meminta orang ramai supaya tidak mengaitkan pertunangannya dengan krisis pertunangan pemain bola sepak Malaysia yang terjadi baru-baru ini.

“Saya meminta orang ramai supaya jangan menganggap situasi ini sebagai sesuatu yang buruk. Apa yang berlaku kepada saya adalah kebetulan semata-mata. Krisis pertunangan saya memang tiada kaitan dengan krisis pertunangan pemain bola sepak Malaysia yang berlaku tempoh hari.

“Alhamdullilah, keluarga kedua-dua pihak faham & terima keputusan kami. Buat masa ini, saya ingin memberikan fokus terhadap kareer.  Walaupun keputusan yang dibuat itu berat, tapi saya akur jodoh itu ketentuan tuhan,” kata Ally Iskandar mengakhiri temubualnya bersama pihak media


kredit to:syafiq