Sunday, August 24, 2014

this blog is no longer operates. blogger was retired and has start her new life.

Thursday, January 19, 2012

8 pulau terindah ciptaan Allah

8. Palm Beach, Aruba



Palm Beach adalah sebuah pantai cantik di Oranjestad (Kota Oranye), Aruba, yang terletak di pantai Venezuela dan juga Laut Karibia. Berbagai hotel dan pusat membeli-belah sudah lama berdiri di sana.Tidak seperti di kebanyakan wilayah di Karibia, wilayah bekas koloni Belanda ini memiliki iklim yang kering dan gersang, sehingga dipenuhi dengan tanaman-tanaman lanskap seperti kaktus.



7. Marquesas Islands
Pulau vulkanik ini terlihat seperti Hiva Oa yang merupakan pulau terbesar kedua di Kepulauan Marquesas, negara Polinesia Perancis. Tak perlu risau mencari penginapan di pulau hutan tropis ini, kerana areanya sudah dilengkapi dengan bungalo-bungalo mewah. Terdapat tarian kuda liar sebagai tontonan yang penuh eksotik di sebuah pulau yang berjarak 800 batu dari arah timur laut Tahiti.



6. Seychelles Islands
Seychelles memiliki pantai yang terbaik di Afrika bahkan sangat sesuai untuk menyelam (diving) di Samudera Hindia. Artis ternama, seperti Paul McCartney adalah orang pertama yang datang ke resort mewah di sana, dan artis lainnya yang datang hanya sekadar menikmati pemandangan pantai.


5. Tenerife, Canary Islands
Tenerife adalah tempat kesukaan bagi orang-orang Britis dan Eropah. Mereka berkumpul di pantai pasir hitam vulkanik yang dominant di Pulau Kanari.
4. Fernando de Noronha, Brazil
Fernando de Noronha merupakan negara kepulauan Brazil yang berada di Samudera Atlantik. Beberapa model dan selebiriti seringkali terlihat di resort-resort mewah Noronha.


3. The Maldives
Jika anda ingin bercuti ke India atau Sri Lanka, sebaiknya berhenti sejenak ke negara Republik Maldives kerana di sana terdapat sebuah pulau karang yang dikelilingi laut dangkal. Terdapat banglo mewah The Maldives yang menjadi target utama bagi para pengunjung dunia.


2. Bora Bora, French Polynesia
Bora-bora merupakan kepulauan bekas jajahan Prancis yang terletak di Tahiti. Pantai ini seringkali dijadikan syurga bagi para pasangan yang ingin berbulan madu (romantic heaven on earth). Bukan cuma pantai yang menjadi daya tarik Bora-bora, di sebalik resort pantai juga terdapat pemandangan cantik sebuah gunung yang bernama Gunung Otemanu.


1. Lanikai Oahu
Bagi anda yang ingin pergi ke Amerika Syarikat cubalah singgah ke daerah pedalaman Hawaii, kerana di sana terdapat pantai indah yang bernama Lanikai Oahu. Pantai ini memiliki panorama yang ideal bagi para pengunjung. Selain pasir putih dan kristal air yang jernih, Lanikai Oahu sering dipakai sebagai area pertandingan pakaian renang Victoria Secret.

Friday, December 16, 2011

Pokok kreatif



yang ni saya sendiri pun terkedu..macam photoshop je..hehhehe..pokok mancho gilerr..
MORONDAVA, Madagascar – Sebatang jalan di sini dibarisi 313 pokok gergasi dikenali sebagai Baobab yang tumbuh setinggi 20 meter.

Hidup sejak 800 tahun dahulu, pokok baobab digelar ‘pohon abadi’ di kalangan penduduk tempatan.


Orite yang ni memang pokok champion punyerr..berusia 1500 tahun setinggi 300 kaki dan team dari majalah national geographic terpaksa mengambil hampir 100 keping gambar dan di cantumkan buat tatapan kita..fuhhh..


Monday, December 12, 2011

SPA Semula jadi di Blue Lagoon Iceland

Blue Lagoon yang terletak di Iceland adalah satu2nya tempat di dunia dimana anda boleh menikmati kolan spa geoterma semulajadi. Air kolam ini datangnya dari laut dalam yang bertakung di lubang lava. Suhu air kolam ini adalah 37 celcius dan mengandungi silika, garam serta alga biru hijau yang mampu membuat seseorang itu tenang dan rilek. Sebelum ini, air kolam tersebut hanya digunakan untuk menjana elektrik tetapi kini ia menjadi lokasi pelancongan yang menarik untuk peminat2 menikmati spa semulajadi.










Peristiwa 10 disember 2011: Gerhana Bulan

Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.
Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.
Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.
 Planetarium Negara
Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

Ia juga menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.

Fenomena sama kali terakhir berlaku pada bulan Jun tahun lalu namun sedikit berbeza apabila ia dapat dilihat waktu siang berbanding malam pada malam ini.

Solat sunat gerhana bulan di negara ini pula boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

 Orang ramai yg hadir di Planetarium Negara
8.50 pm di PN
bulan mula memasuki bayang umbra Bumi di sebalik awan


9.15 mlm di Planetarium Negara 

9.17 mlm di Planetarium Negara

9.21 pm di Planetarium Negara

9:25PM
Planetarium Negara Kuala Lumpur

10.07 pm at Planetarium Negara

10.15PM
Planetarium Negara Kuala Lumpur

10.16PM
Planetarium Negara

10.38PM
Planetarium Negara

10.46PM
Planetarium Negara

10.53PM
Planetarium Negara
10.55PM
Planetarium Negara

11.02 PM
Planetarium Negara

11.12 PM
Planetarium Negara

11.34 PM
Planetarium Negara

11.41 PM
Planetarium Negara

11.51 PM
Planetarium Negara

12.02 AM
Planetarium Negara

12.10 AM
Planetarium Negara